BUAH DURIAN (Durio zibethinus) merupakan buah tropika yang bermusim ditanam di Malaysia dengan keluasan mencapai 122,760 hektar pada tahun 2000 dan kini tinggal 66,038 hektar. Adakah faktur penurunan keluasan tanaman durian menjadikan harga durian menjadi semakin mahal?. Daripada buku rujukan statistik Jabatan Pertanian Malaysia yang penulis blog rujuk, pengeluaran durian terus meningkat daripada 244,157 mt pada tahun kepada 302,646 mt pada tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 2.4% walau pun keluasan tanaman durian semakin menurun. Ini telah juga membuktikan teknologi pertanian untuk penanaman durian bertambah baik dalam tempoh tersebut. Data Jabatan Pertanian tersebut juga menunjukkan berlaku peningkatan tahunan sebanyak 2.5% setiap tahun dengan hanta 4.9 mt/ha pada tahun 200 kepada 7.0 mt/ha pada tahun 2016. Rekod menunjukkan Negeri Pahang pernah mencapai peningkatan tertinngi durrian negara iaitu jumlah sebanyak 9.7 mt/ha. Penulis blog bagaimana pun mendapati antara faktur signifikan yang menyebabkan harga durian semakin mahal adalah berpunca dari kualiti buah durian itu sendiri dimana kini lebih banyak durian varieti berkualiti premium dihasilkan berbanding dengan tahun 2000 dimana masih banyak buah dihasilkan termasuk durian kampong biasa. Peminat durian akan sentiasa memburu beberapa durian berkualiti seperti Durian Musang King (D197) yang mana ia lazimnya dijual dengan harga paling tinggi sehingga pernah mencapai RM120.00 sekilogram pada tahun 2016 dan 2017. Keenakan buah durian premium ini memang tidak dapat dinafikan sehingga pembeli sanggup membayar harga tinggi terhadap durian ini. Beberapa varieti lain seperti D24, Tekka (D160), Hajah Hasmah/IOI (D168), Duri Hitam (D200) juga turut terkena tempias harga tinggi dan mahal jika bekalan berkurangan dan mungkin ada golongan orang ramai tidak mampu membeli durian premium ini. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai isu harga durian kualiti atau durian popular atau durian premium mahal harganya untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.
Dalam laporan sebuah akhbar tempatan bertajuk "Telan air liur bila buah durian makin mahal" menarik untuk saya kupas kali ini. Akhbar tersebut nyatakan mengapa harga durian di negara kita melambung tinggi dan agak mengarut, sedangkan raja buah ini bukan diimport dari luar negara. Dilaporkan dimana ada di sesetengah tempat di Lembah Klang waktu tertentu dimana ada peniaga menjual buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan di tepi jalan yang muncul pada musim buah-uahan. Walau pun terdapat peniaga tempatan akan tetapi yang ramai dilihat berniaga durian ialah rakyat Indonesia atau juga warga Bangladesh beroperasi. Ada beberapa kali pengunjung berhenti dan bertanya harga buah-buahan tersebut dimana disebabkan harga buah durian sekarang mahal sangat dimana kalau hendak beli pun kena fikir tiga empat kali. Alasan biasa adalah seperti sebab belum musim (off season) buah durian dan bekalan kurang. Sebenarnya dengan permintaan yang semakin meningkat dan bekalan durian berkurangan serta kuasa beli yang mana kini semakin meningkat maka harga durian pun mahal. Bila difikir-fikirkan harga sebiji buah durian kini ada yang sudah ''macam harga emas'' dimana ia mencecah puluhan malahan ratusan ringgit sekilogram. Bayangkan sebiji durian harganya RM38/kg dimana kalau ada buah yang beratnya sampai dua kilogram maka ia sudah jadi RM76 sebiji. Niat asal hendak membeli boleh terbantut bila fikirkan hanya ada berapa ulas elok di dalamnya. Kecuali kalau sudah teringin sangat dan amat kempunan baik beli sahaja. Jika hendak dibandingkan dengan harga minyak kereta RON 95 iaitu RM1.80 satu liter, maka penulis blog juga sudah boleh mendapatkan sebanyak 42.2 liter dimana jika memandu Proton Persona yang baru maka penulis mendapat jarak sehingga 1,050 kilometer bersamaan dengan 2 kilogram durian. Perbandinan ini sangat wajar diambil perhatian semua pengguna.
Ramai juga pernah terkena bila beli durian dengan harga mahal tapi isinya kematu atau mengkal. Adakalanya isinya sudah lembik sebab membeli buah yang lama. Sebab itu sekarang banyak sudah pembeli yang dilihat makan durian di bawah khemah gerai durian. Mereka tidak mahu bawa pulang sebab tidak mahu �terkena� tipu dan tidak mahu uruskan kulit durian yang jiran rumah akan berbau. Malah sikap orang kita jarang hendak untuk pulangkan balik buah yang tidak elok tambah lagi jarak rumah yang jauh dari gerai durian. Bagaimana pun ada segelintir pihak yang tularkan dalam media sosial dimana mencadangkan supaya guna kuasa pengguna iaitu memboikot buah durian. Raja buah ini bukan diimport dari luar negara jadi macam mana harganya boleh melambung tinggi dan mengarut dakwa beberpapa peminat durian yang kurang faham isu sebenar. Buah durian Siam pun tidak mahal macam buah durian kita seperti dakwa kumpulan lain. Memanglah kualitinya buah durian Siam jauh berbeza akan tetapi harga durian kahwin tempatan buatkan orang takut membelinya. Apa pun kalau semua orang pakat boikot mungkin akan rugi besarlah pekebun durian dan juga tauke durian. Harga durian mula naik berperingkat pada akhir tahun 1980an apabila Kaum Cina tempatan didakwa mula syok makan durian. Mereka pun mula tanam dan menjaga dengan baik pokok durian mereka dan mengganikan dengan varieti premium. Orang Cina pada masa itu didakwa mulanya memang tidak peduli biar harganya mahal mereka tetap membelinya jika durian tersebut enak dan premium. Biasanya apa yang orang Cina suka makan makan kesannya barang itu sekejap sahaja akan naik harga. Macam rumah juga bila ia dijadikan pelaburan dala sistem ekonomi bebas dinegara kita.
Sekarang lkaum lain mungkin da�pat tengok sahaja durian mahal ini dan membelia durian varieti lain yang ada dijual dipasaran. Ada pula yang tidak ada kampong atau saudara dikampong yang menanam durian maka mereka ini dapat cium bau sahaja. Adalah baik jika masih ada pokok durian dikampong yang telah dicantum dewasa dengan durian premium. Pada saya walaupun buah durian kampung isinya nipis tapi bau�nya enak dan rasanya manis berlemak. Harganya baru antara RM10 higga RM20 sekilogram dan ramai peminat durian yang masih mampu membeli. Berbeza dengan rasa buah durian vaieti premium (dipanggil sebagai durian kahwin) seperti varieti Musang King (atau nama khususnya D197) yang harganya RM35 hingga RM65 sekilogram, Bukit Merah (D24) pula antara RM25 - RM38 sekilorgram didapati durian kampong masih mampu dibeli. Bila harga Musang King mahal, mulalah ada yang ambil kesempatan jual yang tiruan. Kena tipu sahaja pembeli durian. Biasalah para pemborong dan peniaga durian menggunakan alasan bekalan buah tahun ini kurang atas faktor cuaca panas pertengahan tahun 2017dan jadi harga durian tinggi sebab permintaannya tinggi. Dulu bila kita nak beli durian dari pekebun, kita boleh tawar harga dan pilih pembekal yang bagi harga murah. Ada peniaga yang jual hanya RM2 hingga RM5 sekilogram, sebab durian tak boleh jual ke mana pun. Sekarang berbeza, peniaga jual mahal, kalau tak mahu mereka boleh pelbagaikan dengan jadikan durian sejuk beku, pes untuk kek, ais krim dan sebagainya selain tempoyak. Dulu durian boleh dijual secara longgok. Tiga biji baru RM10 atau penuhkan satu karung pelastik RM10 juga. Pernah durian dijual RM1 satu biji pada tahun 1998-1999. Tapi sekarang durian terpaksa jual ikut berat. Kini kualiti buah durian semakin baik sebab kebun durian dijaga rapi. Kos baja dan racun serangga untuk kebun seluas kira-kira lima ekar diperuntukkan RM10,000 hingga RM20,000. Risiko tanam durian, walaupun pokoknya banyak tetapi kadang-kadang buah tidak berkualiti. Misalnya kerana busuk atau berulat. Kadar keuntungan bagi setiap kilogram yang dijual biasanya antara RM7 hingga RM8. Kalau dijual RM45 sekilo, modal biasanya RM20 dan untung RM25, tapi itu belum ditolak dengan kos sewa tapak dan pengangkutan. Ini bermakna kalau dulu harga durian bergantung kepada musim akan tetapi rakyat Malaysia yang ingin makan durian kini kena bersaing dengan pembeli dari China. Durian Malaysia semakin diminati oleh rakyat China. Semakin ramai pelancong China kini yang melawat Malaysia semata-mata hendak makan durian. Petani tempatan pun nampaknya lebih berminat untuk eksport durian ke China sebab boleh dapat untung yang berlipat ganda, iaitu dua hingga tiga kali ganda daripada harga biasa. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!....
HARGA DURIAN... MAHAL HARGANYA....
HARGA DAHULU.. MEMANG JAUH BEZA...
PERLU BERHATI-HATI... MASA BELINYA....
WANG KELUAR... PUAS MEMAKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11 Putrajaya,
WP, Malaysia.
(26 JAmadilAkhir 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan