Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.

KITOSAN merupakan salah satu produk baja yang didakwa baik untuk sektor tanaman. Penulis blog ada menulis tentang baja Chitosan dalam beberapa artikel sebelum ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda (Sila klik disini)BAJA CHITOSAN merupakan sejenis bahan biopolimer semulajadi diperbuat dari kulit udang, ketam dan kerang yang mana ia mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman. Apa yang hendak dinyatakan adalah dimana Chitosan bukan BAJA atau bahan TOXIC atau bahan KIMIA sebeliknya merupakan bahan terbaik untuk digunakan petani untuk menyuburkan tanah dan tanaman. Bagaimana baja bertindak adalah berasaskan kepada 5 kaedah untuk diperjelaskan. Pertama baja Chitosan didakwa boleh menjadi Perangsang Pembesaran Tumbuhan Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna. Baja ini juga dikatakan akan meningkatkan daya tahan atau imuniti tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja digunakan. Pada peringkat permulaan biasanya akan dilihat dimana daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak. YangKedua dimana baja Chitosan akan membantu dalam proses pembajaan tanah dengan cara membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain pada tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan. Ketiga adalah dimana baja Chitosan menjadi Anti Fungal dengan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) oleh sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan cuba untuk mengeluarkan �protease inhibators� yang mana ia akan menghalang serangan serangga pada tanaman. Keempat adalah dimana baja Chitosan bertindak sebagai Bio Pesticide Apabila apabila ia dibubuh pada tanah dimana ia akan dapat membantu membentuk persekitaran sesuai bagi tujuan mengaktifkan bakteria pemakan chitin untuk ianya dapat menghapuskan kulat (fungus), telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran (secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur-telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keliling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah. Kelimat dimana baja Chitosan ini menjadi unsur bahan Preservatif Lapisan membran dimana ia didakwa akan dapat mengawal buah-buahan dan bunga-bunga ornamental daripada menjadi kuning atau coklat Ini memberikan buah-buahan terjamin kualiti dengan cara menahan kandungan antosianin, flavonoid dan semua polifenol dalam semua jenis buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat produk tanaman. Cara ia berfungsi dimana membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang mungkin bocor keluar dimana perkara ini akan menghasilkan buah-buahan selepas ianya menjadi masak. Melalui cara ini lazimnya ia menghalang untuk kulat dari membiak dan menangguhkan buah-buahan daripada ianya masak. Artikel subuh ini saya mengupas lagi mengenai baja Chitosan jenama KITOSAN dalam blog pertanian ''Anim Agro Technology'' untu dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Salah satu produk utama bagi baja Chitosan adalah dikenali sebagai GoGrow Kitosan (Chitosan) oleh pengedar Perangsang Organik didakwa diperbuat dari kulit-kulit binatang laut seperti udang, ketam dan kerang yang mana ia didakwa mengandungi kandungan kompaun polimer biodegradable yang dipanggil chitin. GoGrow Chitosan akan dapat bertindak iaitu sebagai perangsang untuk tumbuh-tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semulajadi dan sempurna serta daya tahan atau imun tanaman itu sendiri. GoGrow Chitosan didakwa sebagai BUKAN baja atau bukan hormon atau vitamin dan ia juga didakwa sebagai bukan ubat dan bukan juga kimia dimana ia adalah didakwa selamat untuk ianya digunakan tanpa meninggalkan kesan sampingan (Sila lihat foto disebelah). Dalam penjelasan melalui pautan kepada lamanweb https://www. facebook. com/ pg /kitosan baja organik yang penulis blog rujuk banyak info yang boleh dibaca. Soalan bagaimana Go-Grow Chitosan bertindak boleh dibincangkan dengan 4 cara. Kaedah pertama adalah digunakan untuk Pembajaan Tanah dimana produk GoGrow Chitosan membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan.


Kaedah ke dua dimana ia bertindak sebagai Anti Fungal dimana produk GoGrow Chitosan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang didakwa mampu menghalang sebarang apa juga kemasukan (penetration) sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan mengeluarkan 'protease inhibators' yang mana ia menghalang serangan serangga pada tanaman. Ke Tiga adalah bertindak sebagai Preservatif dimana lapisan membran GoGrow Chitosan dapat mengawal buah-buahan daripada menjadi kuning atau coklat dan buah-buahan menjamin kualiti dengan cara menahan kandungan seperti antosianin, flavonoid, dan semua polifenol dalam buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu untuk ia memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat. Bagaimana ia berfungsi adalah dengan bahagian membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang bocor keluar yang kemudian akan menghasilkan buah-buahan selepas menjadi masak. Melalui cara ini, ia menghalang kulat dari pembiakan dan menangguhkan buah-buahan dari masak. Keempat cara tindakkan adalah sebagai Bio Pesticide dimana apabila chitosan dibubuh pada tanah maka GoGrow Chitosan akan membantu membentuk persekitaran sesuai bagi mengaktifkan bakteria pemakan chitin menghapuskan kulat (fungus) dan telur nematod dan organisma yang mana mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran(secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kutu daun, telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keliling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah.


Produk jenama KITOSAN adalah didakwa pemangkin kepada tumbesaran tumbuhan yang digunakan sebagai semburan foliar bagi memulihkan sistem dalaman pokok dan menguatkan sistem akar. Dilaporkan dimana baja Bio Organik KITOSAN boleh membantu masalah tanaman yang tidak berbunga atau tidak berbuah dan mudah didiserang oleh musuh dan serangga. Penggunaan baja ini merupakan satu kaedah pantas dan selamat digunakan. Ia yang juga bertindak sebagi pemakin tumbuhan (growth regulator) tanaman adalah bersifar sebagai penggalak pertumbuhan tanaman. Didakwa ia merupakan abahan anti Fungi atau pun Antibakteria semulajadi dimana memang meningkatkan daya imuniti. Produk yang didakwa selamat untuk manusia dan binatang peliharaan merupakan produk bukan kimia dan tidak tolsik dimana ia dihasilkan daripada produk dari laut. Daripada rujukkan didakwa produk ini telah dilakukan pemeriksaan dan analisa lengkap oleh Agensi Nuklear Malaysia (ANM) sebagai barang berkualiti tinggi dan bertaraf antarabangsa. Baja KITOSAN juga didakwa sebagai 'RAJA BAJA BIO ORGANIK' dan dilaporkan tidak merbahaya dengan mengguakan teknologi dari Jepun. Produk ini telah digunakan dengan meluas di Indonesia dan Thailand terutama untuk tanaman makanan. Kedua-dua negara ini mempunyai sumber hasilan laut banyak untuk diprses menjadi baja berasaskan chitosan.


Bagi menjelaskan cara tindakan baja Kitosan ini kita perlu tahu akan cara ia membantu tanaman anda. Baja  Kitosan mampu meningkatkan immuniti tanaman dengan membunuh mikro organisma dengan menembusi dan memecahkan lapisan membrane sel. Kemuidan baja ini akan mengeluarkan hormon dari dalam tanaman untuk membesar, meningkatkan fotosintesis dan menganjakkan lagi proses menyerapan nutrient dari akar tanaman. Ianya senang digunakan dan selamat untuk persekitaran terutama kepada manusia dan binatang peliharaan. Sebenarnya teknologi pertanian yang tulin dan diiktiraf oleh pihak pakar pertanian di negara maju dengan menggunakan baja berasaskan chitosan yang dapat melindungi tanaman dari pelbagai jenis penyakit, kulat, virus dan serangga perosak. Ia didakwa sekali gus boleh mengaktifkan hormon pertumbuhan tanaman membuatnya lebih besar, lebih sihat, cepat masa tuai dan lebih tahan lama selepas tuai. Akhirnya apa yang penting kepada petani adalah harga produk ini yang murah, Organik dan menguntungkan mereka. Didakwa tanaman yang gunakan produk ini akan menjadi bertambah sihat membesar dengan peningkatan hasil antara 20% - 50%. Cara mengguna juga mudah denganpilihan jenis yang dibeli. Paling senang dengan mengambil botol spray bersaiz 500ml dan diisi air paip dan dititiskan 1.0 -  2.0 ml (bersamaan 1/3 sudu kecil teh) Baja Kitosan digoncang sebati. Kemudian disembur sebanyak 5 kali mengenai keseluruhan daun, batang dan tanah. Sebaiknya diulang semburan setiap 2 minggu. Dari segi ekonomik ia memang amat menjimatkan kos seimana sebotol KITOSAN boleh tahan bertahun-tahun. Kos terlibat hanya 1 SEN bagi 2 kali semburan sebulan untuk 10 pokok. Baja ini dijamin tiada racun dan tiada bahan kimia merbahaya dan anda tidak perlu risau tentang kesihatan. Dipasaran terdapat dalam 3 bentuk pek botol iaitu Pek 250 ml  berharga RM25 dengan kos pos, Pek 1 liter berharga RM60 dengan kos pos dan Pek 5 liter berharga RM250 dengan kos penghantaran kerumah (Sila lihat foto paling atas). 


Terdapat pelbagai teknologi terkini bagi meningkatkan hasil tanaman pertanian berada di pasaran ketika ini membabitkan produk keluaran tempatan dan luar negara. Teknologi agrotek ini tidak hanya tertumpu pada mesin atau peralatan moden industri pertanian semata-mata akan tapi juga bahan tambahan seperti baja, racun dan juga pemangkin tumbesaran tanaman atau dipanggil �madu� untuk tumbuhan. Antara pemangkin dalam tumbesaran tanaman hasil keluaran tempatan yang kini mula mendapat perhatian petani dan juga pengusaha tanaman adalah kitosan. Kitosan adalah polimer organik yang bersifat mudah terurai diekstrak daripada cangkerang atau kulit makanan laut seperti udang dan ketam dihasilkan dengan menggunakan aplikasi bioteknologi moden bertaraf antarabangsa. Kandungan asid amino yang terdapat pada kitosan dapat merangsang hormon pertumbuhan dalam setiap tanaman itu sendiri melalui penyerapan nutrien dari tanah. Ia sekali gus meningkatkan aktiviti sel tanaman dan proses fotosintesis serta meningkatkan sistem daya tahan tanaman berkenaan. Pengedar kitosan ada mendakwa antara faedah produk berkenaan adalah bertindak sebagai antibakteria semula jadi, mempercepatkan percambahan, meningkatkan hasil dan kualiti pertanian selain mesra alam serta haiwan. Kitosan bukan baja atau racun untuk tumbuhan tapi ia juga pemangkin tanaman diibaratkan seperti madu untuk tumbuhan kerana mampu didalam mempercepatkan pertumbuhan, mempercepatkan pembungaan dan juga pembuahan seterusnya mempercepatkan masa tuaian. Ia juga mampu mencegah tanaman daripada serangan pelbagai penyakit dan musuh tanaman seperti penyakit daun, bakteria, hawar, benah hijau, hawar daun jingga dan bercak. Penggunaan pemangkin tumbesaran tanaman itu juga mampu meningkatkan hasil 20 - 50 peratus dan senang digunakan dengan hanya perlu disembur pada tanaman sekerap dua minggu sekali dalam nisbah penggunaan yang rendah. Kitosan boleh digunakan bersama baja dan kimia pertanian (racun) tanpa kesan sampingan, namun tidak boleh digunakan bersama bahan efektif mikro kerana ia akan membunuh bahan itu. Penggunaan produk ini juga tidak terhad kepada tanaman tertentu sahaja kerana ia sesuai untuk semua tanaman termasuk sayuran dan boleh digunakan untuk tanaman kecil-kecilan atau perladangan. Diharap artikel mengenai Baja Kitosan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
BAJA KITOSAN... CHITOSAN DALAMNYA...
BAJA ORGANIK... IA BERKESAN DIGUNA...
HARGA MAHAL... KESANNYA BERGANDA...
BACA ARTIKEL... INFO DITERIMA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Room 11, Joe's Fisherman Inn,
Pantai Nipah, ulau Pangkor,
Lumut, Malaysia.
(29 JamadilAkhir 1440H).
Published from,
Room 718, Hotel View,
Jalan Sia Her Yam,
Segamat, Johor.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top