Update Terbaru PERTANIAN REZEKI.. Pada Article Hari Ini Penulis Akan Memberi Anda Cerita Yang Amat Menarik Hari Ini . Jadi Mari Kita Mula Membaca.
BERAS WANGI (Fragrant Rice) merupakan sejenis beras yang berkualiti tinggi dimana dari padi wangi dimana ia menghasilkan aroma wangi dan kualiti nasi yang lembut. Rakyat Malaysia dikatakan ramai yang memilih beras wangi sebagai beras pilihan mereka untuk ditanak setiap hari walau pun harganya memang agak tinggi berbanding dengan beras biasa. Di Malaysia tanaman padi  adalah tanaman makanan penting bagi rakyatnya dan medudukki tangga ketiga (3) keluasannya selepas kelapa sawit getah. Ia bukan sahaja tanaman makanan ruji dan utama malahan menjadi satu industri padi menyediakan pekerjaan dan menjadi punca pendapatan sebahagian besar kepada pesawah dan juga masyarakat petani di negara ini. Pada masa ini dianggarkan pesawah di negara kita ketika ini adalah seramai 296,000 orang membabitkan kawasan penanaman seluas 350,000 hektar. Penanaman padi dua kali sethun dikawasan jelapang padi ini membolehkan Malaysia menghasilkan sebanyak 2.7 juta tan padi setahun iaitu 71 peratus daripada keperluan negara (SSL) dengan selebihnya diimport bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat berikutan pertambahan jumlah penduduk dan permintaan terhadap beras istimewa. Beras wangi yang diimport didakwa lebih murah dan berkualiti daripada usaha untuk menanam beras wangi tempatan yang sedang dilakukan. Usaha unuk memajukan beras wangi di Malaysia masih berjalan dimana banyak pesawah yang masih ragu-ragu untuk menanamnya kerana didakwa hasil yang rendah berbanding dengan padi biasa selain daripada isu harga dan keuntungan yang akan dipeolehi. Kementerian Pertanian sentiasa beruaha untuk membangunkan penanaman padi wangi agar pengimportan beras wangi dapat distabilkan dengan beras wanfi tempatan. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technologgy'' saya akan menulis mengenai potesi dan kemungkinan menanam padi wangi di Malaysia seperti mana negara-negara jiran ASEAN telah lakukan.


Dalam membicarakan mengenai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (RnD) terhadap tanaman padi pihak MARDI yag telah ditubuhkan 47 tahun lalu berjaya menjalankan aktiviti penyelidikan varieti padi dan padi wangi. MARDI kini sudah mengisytiharkan 43 varieti padi dengan lebih 90 peratus dari kawasan tanaman padi di Malaysia menggunakan varieti dihasilkan oleh pihak MARDI. Dalam laporan media tempatan bertajuk ''Bekal benih asas 250 tan setahun'' penulis blog rujuk untuk tahu akan iaitu penanaman padi wangi di Malaysia. Sehingga kini dimaklumkan dimana peneraju dalam bidang agroteknologi pertanian itu tidak pernah gagal membekalkan benih asas sebanyak 250 tan setahun untuk dibiak dan diedarkan oleh syarikat pengeluar benih kepada pesawah sebagai benih sah. Ia sentiasa berusaha memajukan industri padi dan beras negara dengan menghasilkan teknologi baharu untuk meningkatkan hasil pesawah dan menyelesaikan masalah mereka. Dengan teknologi yang dihasilkan MARDI dimana purata hasil padi negara kini meningkat daripada tiga tan sehektar pada 2000 kepada 4.8 tan sehektar. Kini semakin ramai yang tidak menyedari bahawa purata hasil padi negara pada masa ini adalah memang lebih tinggi berbanding negara pengeluar padi utama seperti Thailand, Laos dan Kemboja. Semua benih yang dikeluarkan mempunyai potensi penghasilan sehingga sembilan tan sehektar dengan syarat pesawah dan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), peraturan dan teknologi yang disyorkan. Dalam pada itu secara tidak langsung gasil peningkatan varieti baru padi akan menambah pendapatan pesawah. Pesawah menghadapi pelbagai masaalah penanaman padi terutama masaalah benih padi sah, harga benih padi, serangan pelbagai jenis penyakit dan perosak, isu subsidi harga dan peratus pemotongan di kilang serta lain-lain isu seperti banjir dan kemarau.


Dalam pada itu MARDI berusaha terus meningkatkan pendapatan pesawah, pihaknya memperkenalkan varieti padi yang ke-44 iaitu padi MARDI Siraj 297Varieti terbaharu sebagai pilihan kepada pesawah itu adalah hasil kacukan antara baka padi MARDI Wangi Q76 dan baka titisan padi P446 daripada salasilah varieti padi MARDI Wangi Q74, MR211, MR182 dan varieti padi Javanica Ase Mandee. Proses kacukan dilaksanakan sejak 2006 melalui siri ujian penilaian di beberapa kawasan jelapang utama di Kedah, Perak, Selangor dan Perlis. Tempoh penyelidikan yang mengambil masa 10 tahun dengan siri ujian penilaian di beberapa kawasan itu penting untuk menentu bahawa padi berkenaan benar-benar berkualiti. Antara ciri istimewa bagi varieti padi yang diisytiharkan sebagai MARDI Siraj 297 itu mempunyai ciri istimewa iaitu rintang kepada penyakit karah daun dan tangkai serta penyakit merah virus, selain ianya juga sederhana rintang kepada perosak bena perang. Apa pun dimaklumkan dimana implikasi dari segi rintang penyakit ialah ia meningkatkan hasil tuaian akhir kepada pesawah kerana penyakit berkenaan menyumbang kehilangan hasil padi antara 10 dan 15 peratus. Didakwa varieti padi yang terbaharu ini akan mendapat penerimaan baik daripada pesawah kerana ia mampu menghasilkan 8.6 tan sehektar iaitu setanding beberapa varieti terkini serta mempunyai cita rasa nasi yang sesuai kepada pengguna tempatan. Varieti ini dinamakan bersempena nama Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai menghargai komitmen dan minat mendalam yang ditunjukkan baginda terhadap penyelidikan pad. Majlis pengisytiharan padi MARDI Siraj 297 telah dilakukan di MARDI Arau, Perlis.


Benih padi varieti MARDI Siraj 297 ini bagaimanapun hanya dapat diperoleh pesawah dalam tempoh tiga musim penanaman padi lagi iaitu pada pertengahan tahun depan. Selain mempunyai ciri rintang penyakit didakwa varieti padi itu mempunyai ciri beras yang lebih panjang iaitu 7.70 milimeter berbanding MR263 (6.97 milimeter) dengan kedua-duanya masih dalam kategori sama iaitu beras panjang dan tirus. Berat purata 1,000 biji MARDI Siraj 297 pula adalah antara 27.8 dan 29.2 gram, lebih berat berbanding MR263 iaitu antara 24.9 dan 25.1 gram. Dalam sistem tabur terus, MARDI Siraj 297 matang antara 110 hingga 115 hari atau sekitar lima hari matang lewat berbanding MR263 dengan panjang batang MARDI Siraj 297 adalah antara 64.4 hingga 70 sentimeter dan mempunyai ketinggian pokok yang hampir sama seperti MR263. Varieti padi MARDI Siraj 297 mempunyai bilangan tangkai yang banyak (523/meter persegi) berbanding MR263 (421/meter persegi) dan mempunyai pengisian tangkai yang baik iaitu antara 77.1 hingga 86.2 peratus. Oleh itu, padi MARDI Siraj 297 adalah sangat stabil, tidak begitu tinggi sekali gus dapat mengurangkan kejadian padi rebah di sawah. MARDI akan terus melakukan kajian lanjutan tanaman padi secara berterusan dan percaya dengan varieti yang ada sudah mencukupi untuk memastikan keluaran padi negara mencapai tahap 80 peratus sara diri. MARDI juga sedang  merancang menghasilkan beras lebih berkualiti bagi mengurangkan pengimportan beras dimana ini sekali gus memenuhi keperluan segmen yang menginginkan beras istimewa seperti basmati dan wangi.


Sebenarnya walau pun Malaysia menanam lebih 1,000 hektar beras wangi , beras merah dan beras yang lebih panjang akan tetapi jumah nya masih tidak mencukupi. Adalah difikirkan dengan menanam sendiri beras wangi kita akan dapat dapat mengurangkan beras import yang ketika ini sebanyak 30 peratus. Sebenarnya beras untuk keperluan masyarakat tempatan sudah mencukupi dan tidak sepatutnya diimport kecuali beras yang tidak ada di negara ini khususnya BERAS WANGI. Kementerian Pertania merancang penanaman beras wangi ini diberikan insentif khusus seperti insentif harga Beras Biasa RM1,200 /mt dan Beras Wangi menerima harga RM1,500/mt). Lazimnnya dari rekod lepas didapati hasil dari padi wangi adalah agak rendah berbanding dengan hasil beras biasa. Sementara itu dilaporkan media dimana di Sekinchan, Selangor telah dilakukan perintis projek penanaman padi wangi yang pertama di negara ini ekoran kesuburan tanah dan sistem saliran yang serba lengkap serta moden. Pesawah di Sekinchan juga memiliki teknik penanaman padi terbaik sekali gus mampu menjayakan projek yang dijangka menambah pendapatan pesawah di situ. MARDI telah pun berusaha sapatkan benih padi wangi yang berkualiti dan baik untuk ditanam supaya apabila berjaya nanti hasil pendapatan petani akan bertambah seterusnya meningkatkan kualiti hidup petani. Walaupun terdapat banyak kekangan dan risiko dalam proses menanam padi wangi tetapi kita harus berani mengorak langkah untuk mencipta kejayaan dan kita yakin kerana sebelum ini Sekinchan terkenal sebagai hasil tuaian padi tertinggi dan berkualiti. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tadi memang pro aktif memberi bimbingan dan panduan terbaik kepada petani bagi menjayakan projek ini. Walau pun sebelum ini impian projek penanaman padi wangi di Sekinchan memang sukar dilaksanakan ekoran perbezaan pentadbiran di peringkat negeri dan persekutuan. Kini perkara itu boleh dilaksanakan selepas kempen dijalankan banyak pihak untuk penanaman padi wangi disini. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini Wasallam!!!...

PADI WANGI... KURANG PENANAMANYA...
ADA VARIETI BARU ... MRQ76 NAMANYA...
KURANG DITANAM...PERLU RANCANGNYA...
KURANGKAN IMPORT... SASARAN NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Swah Padi Sekinchan,
Selangor, 
Malaysia.
(25 jamadilakhir 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

Catat Ulasan

 
Top