"LUPAKAN SAWIT dan TANAM BULUH" itulah yang sedang hangat di perkatakan di Malaysia berikutan saranan oleh Menteri Industri Utama iaitu YB Teresa Kok Suh Sim. Berita ini hangat diviralkan sehingga mengapat berjuta respon dari rakyat Malaysia yang masih berusaha keras untuk menyara keluarga akibat kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan getah untuk satu jangkamasa agak lama. Media perdana dan warganet melihat perkara ini dalam dua persepsi iatu yang setuju menyokong akan tetapi lebih ramai yang tidak bersetuju bahkan hanya senyum sinis sahaja. Pada penulis blog, industri komoditi utama negara mungkin perlu dilihat semula keseluruhannya dengan mempelbagaikan lagi aktiviti untuk mengalakkan sektor agromakanan, IAT dan sebagainya. Media tempatan bertajuk ''Lupakan kelapa sawit, tanam buluh'' pada 3 Mac 2018 menyatakan rakyat negara ini disaran beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu di seluruh negara. Menteri Industri Utama YB Teresa Kok Suh Sim berkata dimana langkah itu penting memandangkan tanaman baharu seperti buluh dilihat amat berpotensi dan mendapat permintaan baik. Beliau rasa inilah masanya untuk negara hentikan perluasan penanaman kelapa sawit dan melihat kepada tanaman lain contohnya di Pahang sesete�ngah kawasan terdapat banyak pokok buluh. Buluh boleh dijadikan banyak barangan dan Jepun adalah pasaran terbaik untuk produk buluh. Perkara ini adalah antara jenis pokok (tanaman) yang boleh kita lihat dab beliau minta lupakan hanya menumpukan kepada penanaman kelapa sawit. Beliau berkata semikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Projek The Valley@Bentong, Pahang (Sila lihat foto diatas). Beliau menambah selain buluh, pokok kelapa dilihat berpotensi dan boleh mendatangkan keuntungan yang mana Malaysia sendiri mengimport kira-kira RM1 juta kelapa setahun. Langkah menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit adalah tepat memandangkan minyak sawit di dalam negara mencukupi bagi tujuan menstabilkan harga komoditi itu. Jelasnya, kejatuhan harga minyak sawit hujung tahun lalu menyaksikan ramai pekebun kecil menderita dan terkesan berbanding syarikat besar yang dilihat masih mampu meraih keuntu�ngan. Sementara itu beliau juba mengulas menge�nai kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini dan membuat perbincangan me�ngenai masa depan minyak sawit dengan Indonesia berjalan baik dan Malaysia bersama Indonesia akan terus membantah usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk memboikot minyak sawit. Artikel malam ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya mengupas isu yang mndapat perhatian rakyat Malaysia mengenai lupakan sawit dan tanam buluh.
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/
Industri KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) pada awal tahun 2019 ini banyak diperkatakan orang ramai kerana beberapa isu terutamanya harga rendah BTS. Tanaman ini merupakan paling luas ditanam di Malaysia dan ia menjadi sumber penting dalam ekonomi negara semenjak lama dulu dalam bidang pertanian dengan nilai pengeluaran berbillion ringgit. Apabila harga minyak petrolium turun pada paras sangat rendah ia dilaporkan telah pun menjejaskan pendapatan negara dengan ketara. Dikatakan setiap USD 1 satu tong harga minyak mentah turun akan menyebabkan kekurangan hasil negara sebanyak RM300 juta. Kalau dahulu harga minyak mentak berlegar sekitar USD48 satu tong dan kini hanya USD28 satu tong (penurunan USD20) satu tong cuba kira berapa kehilangan pendapatan dalam sebulan. Saya ada banyak menulis artikel mengenai sawit dalam blog ini (Sila klik disini). Negara Malaysia bernasib baik kerana masih mampu mengeluarkan 'minyak' daripada pokok kelapa sawit yang menjadi alternatif kepada masaalah kelembapan ekonomi dunia masa ini. Bagaimana pun stok simpanan minyak sawit di Malaysia berkemungkinan akan mencapai paras terendah sejak Julai tahun 2015 lalu iaitu berikutan isu fenomena El Nino yang mana ia menjejaskan pengeluaran negara kedua terbesar tanaman sawit di dunia ini. Kesan teruk daripada cuaca kering akibat fenomena El Nino menjejaskan pengeluaran minyak sawit negara kerana kelapa sawit adalah tumbuhan daripada keluarga Arecaceae yang perlukan banyak air. Kesan jerebu hampir 4 bulan yang disumbangkan oleh negera Indonesia juga menyebabkan hasil kelapa sawit kurang. Ia berpunca daripada kurangnya proses fotosintesis (matahari tidak tembus kepada daun), Kurang turun hujan (pokok kering) dan kurang berlaku proses pendebungaan (Kumbang pendebunga halus iaitu jenis Elaeidobius kamerunicus tidak dapat terbang bagi menjalankan aktiviti pendebungaan). Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh agensi Bloomberg yang melibatkan penanam sawit, peniaga dan penganalisis dilaporkan stok simpanan kelapa sawit negara telah pun jatuh 11 peratus kepada 2.33 juta tan metrik pada Januari 2016 lalu berbanding bulan yang sebelumnya. Harta kelapa sawit paling diterima sepanjang tahun 2019 yang mana ia menjejaskan banyak pihak sama ada pihak perladangan apa lagii kepada pekebun kecil kelapa sawit.
Tanaman BULUH (Bambusa spp L) merupakan satu usaha yang berpotensi untuk dilakukan oleh penduduk kampong yang mana mereka mempunyai kawasan sesuai. Saya banyak menulis artikel mengenai buluh untuk dirujuk (Sila klik disini) dan banyak pautan lain. Usaha untuk menanam pokok buloh iaitu tanaman dari keluarga Poaceae untuk penghasilan rebung buloh agak kurang diperkatakan kerana pokok buloh dikatakan jenis rumpai yang agak sukar untuk dimusnahkan apabila ia telah hidup subur dan membiak disuatu kawasan. Bagaimana pun kini telah ada usaha menanam buluh rebung madu (atau padu) yang bersaiz kecil rumpunnya untuk ditanam secara komersil yang banyak di usahakan diutara Semenanjung Malaysia (Sila baca artikel saya sebelum ini -Sila klik disini). Pokok Buloh mempunyai banyak jenis dimana ia dikatakan ada 70 genera dan lebih dari 1,000 spesis daripada yang jenis renek untuk tanaman hiasan sehingga pokok buloh yang besar didalam hutan belantara. Kebanyakan pokok buluh digunakan dalam industri pembuatan perabot, bahan lantai rumah, kayu pagar, anyaman buloh, bahan api, bakul sayur, bahan arang dan banyak lagi. Rebung buluh satu-satunya bahagian yang keluar dari pangkal pokok dipermukaan tanah untuk ia membiak dan isinya masih lembut lagi. Kekerapan menuai rebung buloh membolehkan lebih banyak anak (rebung) akan dikeluarkan diperdu pokok buloh. Persoalannya adalah industri menanam buloh ini mempunyai potensi baik sebagai satu lagi jenis komoditi yang boleh menguntungkan?. Dalam saya membuat tinjauan dalam website mendapati belum ada kertaskerja untuk menanam buloh rebung dan agak sukar juga mendapatkan 'cashflow' tanaman buloh di Malaysia. Terdapat beberapa jenis buluh di Malaysia yang paling banyak digunakan dan juga memiliki nilai ekonomi yang tinggi di pasaran. Buloh tersebut adalah setelah saya buat rujukan adalah seperti jenis Buluh Duri (Bambusa bambos L), Buluh Minyak(Bambusa vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus asper), Buluh Tali (Gigantochloa apus), Buluh Batu (Dendrocalamus strictus) dan juga jenis Buloh Andong (Gigantochloa pseudoarundinacea). Tanaman buluh pada kebanyakan negara dikawal kerana pokok buluh adalah dikelaskan sebagai 'world fastest growth' dan menjadi masaalah jika tidak dikawal.
Berbalik kepada isu semasa, dilaporkan menteri membuat kenyataan media bertajuk ''Penjelasan Teresa Kok isu buluh ganti sawit''. Menteri Industri UtamaTeresa Kok menjelaskan bahawa tanaman buluh bagi menggantikan kelapa sawit sebagaimana disiarkan Mingguan Malaysia hari ini hanyalah sebagai cadangan alternatif. Beliau memberitahu, selain buluh, yang turut dicadangkan termasuklah nanas dan kelapa. Sehubungan itu, tajuk laporan Mingguan Malaysia hari ini `Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh' dianggap beliau sebagai tidak wajar walaupun isi kandungannya boleh diterima. Berikut merupakan kenyataan penuh Teresa berkenaan isu tersebut iaitu (1) Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar yang bertajuk 'Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh' yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2019. (2) Tajuk laporan akhbar ini adalah tidak wajar walaupun isi kandungan laporan tersebut boleh diterima. (3) Dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Projek The Valley @ Bentong, Pahang, semalam, saya ditanya oleh pemberita berkenaan hasrat kerajaan untuk mengehadkan perluasan penanaman kelapa sawit. (4) Justeru, saya menjelaskan bahawa tujuan kerajaan berbuat demikian adalah sebagai salah satu langkah bagi melawan sentimen anti-minyak sawit di Eropah yang kini telah menjejaskan pengeksportan minyak sawit kita ke pasaran global khususnya negara-negara Eropah. (5) Sehubungan itu, Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti-minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat. (6) Saya juga memberitahu wartawan dalam sidang akhbar semalam bahawa harga minyak sawit Malaysia telah jatuh dengan agak teruk pada tahun lepas. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan ramai pekebun kecil. (7) Oleh sebab itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. Perdana Menteri menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji penanaman jenis tanaman yang lain. (8) Buluh, nanas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. (9) Kenyataan saya juga hanya rujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh. (10) Pemilihan tanaman yang lain adalah bergantung kepada kesesuaian tempat. Ada tempat yang sesuai untuk tanam pokok kelapa, ada yang lebih sesuai untuk nenas atau pokok durian. (11) Dengan adanya penjelasan ini, saya berharap kekeliruan dapat dirungkaikan. Kenyataan tersebut merujuk kepada laporan Mingguan Malaysia yang disiarkan.
Seyerusnya media menjelaskan ''Tanam buluh hanya alternatif'' dimana Teresa Kok dalam satu sidang media pada Sabtu berkata kerajaan mencadangkan pekebun kecil memberi tumpuan kepada tanaman alternative bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia. Ia bagi melawan sentimen anti minyak sawit yang dijalankan oleh Eropah sekali gus menjejaskan eksport minyak sawit Malaysia ke pasaran global. Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat. Perdana Menteri menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. YAB menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi tujuan untuk mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil. Justeru Teresa berkata tajuk laporan sebuah akbar tempatan �Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh� adalah tidak wajar. Buluh, nanas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Kenyataan saya juga hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Negeri Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh,� katanya dalam satu kenyataan. Teresa dalam satu sidang media pada Sabtu berkata kerajaan mencadangkan pekebun kecil memberi tumpuan kepada tanaman alternative bagi melawan kejatuhan harga sawit di pasaran dunia.
Wartawan Azman Ibrahim dalam Utusan Online me;a[prkan ''Analogi pokok dengan manusia untuk harmoni'' sesuai untuk dikupas. Ia paparkan seorang peserta memegang sepanduk ketika perarakan dan perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini. Berita dari Kuala Lumpur pada 28 Mac 2019 menyatakan dimana setelah beliau mencetuskan kontroversi dengan isu cadangan penanaman buluh bagi menggantikan kelapa sawit, Menteri Industri Utama, Teresa Kok bercerita mengenai pokok lagi. Kali ini, Teresa tampil membuat analogi pokok hutan yang perlu mempunyai pelbagai spesis untuk hidup subur dan membuat perbandingannya dengan manusia. Katanya, pokok hanya hidup subur jika ditanam dengan pelbagai jenis spesis di dalam hutan. �Saya Menteri Industri Utama, jaga pokok punya. Semua tahu bahawa di bawah kementerian saya, terdapat banyak pokok. Baru-baru ini, saya mahu membuat penanaman semula hutan dan saya diberitahu bahawa jika hendak menanam pokok, kita perlu spesis pokok yang berbeza-beza. Barulah ia akan tumbuh subur dan sihat. �Perkara sama juga untuk manusia. Kita terdiri daripada pelbagai spesis. Berbeza pemikiran, namun kita dapat hidup bersama-sama,� katanya sewaktu berucap pada program Solidariti Kedamaian yang berlangsung di Dataran Merdeka di sini hari ini. Dalam artikl lain bertajuk ''Teresa Kok dihantui isu tanaman buluh'' juga menarik dikupas. Bermula dengan isu menggantikan tanaman komoditi dengan buluh terus dipersoalkan terhadap Menteri Industri Utama, Teresa Kok dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Perkara itu telah pun dibangkitkan oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang mahu tahu apakah alasan menteri tersebut dalam mencadangkan tanaman buluh sebagai gantian. Jelasnya, hal itu mahu diketahui oleh penduduk Baling, Kedah yang ramai terdiri dalam kalangan golongan penoreh getah yang dikatakan masih hidup di bawah paras kemiskinan. �Memandangkan Baling kawasan getah terbesar dalam negara dan kawasan yang paling miskin yang mana Menteri Pembangunan Luar Bandar boleh sahkan. Boleh saya tanya satu soalan mengenai getah? Minta tolong soalan tambahan,� katanya. Beliau berkata demikian ketika memohon soalan tambahan ketiga diajukan kepada Teresa mengenai sektor getah dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Namun Teresa tidak memberikan laluan sekali gus membuatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof tidak membenarkan soalan tambahan ketiga. �Menteri tidak beri (soalan). Okay, orang di Baling tanya mengapa menteri suruh tanam pokok buluh?� balas Abdul Azeez yang kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk bertanyakan soalan. Kenyataan Teresa sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila turut mencadangkan tanaman buluh sebagai satu daripada alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan. Beliau bagaimanapun menjelaskan cadangan itu alternatif bukannya sebagai pengganti utama tanaman sawit. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technoly kali ini. Wasallam!!!...
TANAM BULUH... GANTI SAWIT KATANYA...
BILA MEMBACA... RAMAI ORANG KETAWA...
BELUM DICUBA... ADAKAH AKAN BERJAYA...
MENARIK SUNGGUH... LAPORAN MEDIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Purajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(16 Rejab 1440H).
Catat Ulasan