TKPM SEKIJANG atau Taman kekal Pengeluaran Makanan Sekijang, Segamat, Johor adalah merupakan salah satu daripada projek pengeluaran bahan makanan negara yang berjaya. Penulis blog yang merupakan pengasas kepada perlaksanaan TKPM Sekijang pada tahun 2000 (Sudah 18 tahun berlalu) berpeluang membuat pemantauan ke projek ini setelah sekian lama bekerja diseluruh negara. Ini juga bermakna umur penulis pada waktu itu adalah 42 tahun sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat. Masih ingat bagaimana hutan seluas 82 ekar ini yang terdiri daripada hutan kayu sederhana dan rimbunan buluh mengambil masa beberapa bulan untuk di bersihkan. Apa yang tidak boleh dilupakan apabila projek ini telah menyebabkan 4 kematian sebelum kejayaan ini dapat realisasikan sehingga kini. Cabaran lain yang penulis tidak boleh lupakan adalah dari bantahan keras daripada Pengulu Mukim dan kumpulannya yang nyatakan bahawa projek ini tidak akan berjaya atau akan tutup (mati) selepas 1 -2 tahun perlaksanaannya. Beliau telah menghalang, menganggu dan menyusahkan Pejabat Pertanian Daerah semasa proses awal peringkat perlaksanaannya dicabar sehingga ketika mesyuarat perlaksanaan TKPM sedang berlangsung, kami di serbu beliau dengan kata nista yang tidak masuk akal. Bagaimana pun selepas 18 tahun berlalu didapati projek ini telah berjaya menghasilkan 1.005 juta metrik tan makanan bernilai RM2.321 juta dengan terkini libatkan 9 peserta daripada 8 pesertanya mendapat pendapatan bulanan melebihi dari sasaran RM5,000 sebulan (Sumber: Laporan kemajuan TKPM Malaysia, jabatan Pertanian Malaysia , 2019). Projek ini adalah diantara 74 projek TKPM diseluruh negara iaitu dibawah bimbingan Jabatan Pertanian yang berjaya kekal sehingga hari ini. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology" saya paparkan narative TKPM Sekijang di Segamat, Johor sebagai satu projek yang boleh dijadikan contoh dimana saya berbangga sebagai pengasas projek tersebut pada tahun 2000 dahulu.
Projek TKPM diseluruh negara sebanyak 74 projek melibatkan sebanyak 1,384 peserta dengan keluasan fizikal 11,869 hektar dan diusahakan berhasil seluas 10,304 hektar dengan jumlah semua pengeluaran sebanyak RM 90.174 juta metrik tan bernilai RM193.46 juta sehingga tahun 2018. Daripada jumlah tersebut seramai 372 pserta (37%) telah berjaya mendapat pendapatan melebihi RM5,000 sebulan yang dikelaskan sebagai berpendapatan sangat baik bagi usahawan dalam pertanian sektor tanaman. Di negeri Johor terdapat 10 buah TKPM yang dimajukan dengan jumlah keluasan 1,282 hektar bertanam dan melibatkan penghasilan sebanyak 5.657 juta metrik tan dan nilai pengeluaran sebanyak RM10.725 juta sehingga 2018. Antara TKPM lain di Johor adalah TKPM Pagoh, TKPM IPAH, TKPM Lepau, TKPM Sri Pantai, TKPM Ulu Tiram, TKPM Sg Lebak, TKPM Jemaluang, TKPM Tenggaroh dan TKPM Sedili. Antara beberapa jenis tanaman di banyak TKPM di Johor adalah pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan seperti nangka, nanas, limau, pisang, jambu batu, melon dan sebagainya. TKPM Sekijang ini mendudukki tempat kedua tertinggi dalam pengeluaran hasil makanan (RM2.32 juta) selepas TKPM Ulu Tiram (RM4.742 juta) dalam negeri Johor sehingga 2018. TKPM Ulu Tiram, Kota Tinggi dilaporkan paling tinggi didalam penghasilannya disebabkan peserta mereka dengan luas tanaman kebanyakannya sayuran daun (30 hari tuai) yang dieksport ke Singapura dan parasan domestik seperti kangkong, bayam, kailan, sawi, salad dan sebagainya).
TKPM Sekijang yang terletak 8 km dari Bandar Segamat mula ditanam pada tahun 2002 dengan sayur-sayuran dan buah-buahan terutamanya jambu batu. Bagaimana pun kejadian banjir besar pada 2006 telah memusnahkan kesemua tanaman dan prasarana di TKPM yang menyebabkan kerugian besar kepada pengusahanya dan pihak kerajaan sehingga ramai yang meninggalkan projek tersebut. Kemudian dilaporkan telah berlaku 3 kali lagi banjir di TKPM Sekijang yang menyebabkan kerugian. Kes banjir ini adalah disebabkan TKPMini yang terletak bersebelahan dengan Sg Segamat adalah kawasan mudah banjir. Selepas itu. terkini dalam lawatan penulis blog hanya tinggal 76 hektar sahaja yang dikekalkan sebagai TKPM sementara kawasan tepi sungai yang selelu terjejas banjir di keluarkan. Serangan nematod pada jambu batu pada beberapa tahun lepas menyebabkan terdapat beberapa peserta tanaman jambu batu (varieti GU8) telah mengubah tanaman kepada buah nenas (Jenis Selangor sweet/Yankee), Durian Belanda, Limau Kasturi, Pisang dan beberapa lagi. Kawasan sayuran adalah yang paling aktif diusahakan dengan sayuran seperti cili, bendi, petola, kacang panjang, timun, peria, kangkung, bayam dan banyak lagi. Ketua Peserta En Azmi yang saya temui adalah berasal dari negeri Selangor sanggup berhijrah ke TKPM Sekijang ini kerana mempunyai tanah subur dan sesuai diusahakan dengan perjanjian yang logik kepadanya. Mereka membayar semua sewaan tanah dengan baik sehingga kini. Pasaran hasil pertanian disini adalah di Segamat dan dihantar ke Melaka, Johor Bahru serta ada yang dihantar sehingga ke Singapura.
TKPM Sekijang ini sudah matang statusnya selepas 18 tahun ia telah dibangunkan dan terdapat ramai peserta yang disingkirkan daripada projek ini apabila gagal mematuhi peraturan sebagai peserta. Antara faktur dimana mereka dikeluarkan atau gagal meneruskan aktiviti disini sebagai peserta projek adalah kegagalan membayar sewa tanah, kekurangan modal, tidak serius mengusahakan tanah mereka, faktur umur dan kesihatan, ada yang berpindah ketempat lain, gagal untuk membayar hutang bank dan tidak berminat lagi. Pada penilaian saya, projek TKPM ini walau banyak masaalah perlaksanaannya akan tetapi merupakan satu platform terbaik disediakan oleh keajaan melalui Jabatan Pertanian dalam menentukan pengeluaran makanan dinegara ini berterusan dengan dikawal aktivitinya. TKPM Sekijang adalah salah satu contoh TKPM yang membuktikan dimana knsep seperti ini mampu memberi ruang kepada peserta terutama dari golongan B40 untuk meneruskan lagi pengeluaran makanan negara secara signifikan. Mereka dipersijilkan dengan MyGAP agar jaminan mutu dan kualiti makanan yang dikeluarkan terjamin. Pemantauan penulis blog di TKPM ini diiringi oleh beberapa pegawai termasuk Pengarah dan Timbalan Pengarah Pertanian Johor, Pegawai Teknikal serta peringkat daerah. Perbincangan dengan peserta serta motivasi diberikan agar peserta akan terus berjaya dalam bidang agromakanan negara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
RM2.32 JUTA... NILAI HASILNYA...
PENULIS LAWAT... RASA BANGGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 718, Hitel View,
Jalan Sia Her Yam,
Segamat,Johor,
Malaysia.
(6 Rejab 1440H).
Bagaimana Menarikkan Article Pada Hari Ini . PERTANIAN REZEKI.Jangan Lupa Datang Lagi Untuk Membaca Article Yang lebih Menarik Pada Masa Akan Datang/

TKPM SEKIJANG... SATU USAHA...
DAH 18 TAHUN... LAMA UMURNYA...RM2.32 JUTA... NILAI HASILNYA...
PENULIS LAWAT... RASA BANGGA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 718, Hitel View,
Jalan Sia Her Yam,
Segamat,Johor,
Malaysia.
(6 Rejab 1440H).
Catat Ulasan